Saturday 9 February 2019

Siapa Amir Hariz?


To skip this, kat kanan ada senarai pilihan lagu ikut date takpun korang search je kat hujung atas belah kiri.
Mudah-mudahan jumpa, kalau takde maknanya tak update and please inform Bamir okay?


Assalamualaikum and hi pada korang yang baru je singgah blog ni, mostly yang singgah ni mesti tengah mencari lirik atau chord lagu Amir Hariz kan? Yaaaaaa memang itulah pun niat dan tujuan blog ini dicipta. Dalam usaha untuk memudahkan korang apa yang korang cari, lagi-lagi mereka yang diluar sana yang baru nak belajar main gitar tu teramatlah terharu untuk menjadi salah satu lagu pertama yg korang belajar untuk bermain gitar sebab sampai bila pun kita lupa lagu pertama yg kita belajar tu. Macam amir, amir belajar main lagu Apit time tu, tajuknya Luahan Hati. hehehe jiwang en?

So, amir ni lebih dikenali sebagai Bamir bagi pendengar-pendengar yg lebih muda daripada Amir. Since that, panggilan tu terus melekat sampai la sekarang baik muda ke tua ke semua panggil Bamir.
Disebalik kisah seorang budak bernama Amir Hariz ni sebenarnya bermula daripada seorang pelajar yg aktif bersukan (BolaSepak) yang tiba-tiba ada minat nak bermain gitar. Nak kata pandai nyanyi tu takla tapi memang semua orang suka menyanyi. Masa tu sekitar 2010 umur Bamir 15tahun, bamir selalu datang rumah kawan Bamir, Khairul Naim. Dia ni ada gitar tapi dia pun belajar sekerat jalan je. Semuanya start daripada Bamir pegang gitar dia ah. belajar pun chord G je. Bila datangnya minat tu, terus la nekad nak belajar sendiri dekat internet. Lagi-lagi time birthday bamir tu Naim ni kasi terus gitar dia. Masa tu pulak zaman Najwa Latif trending sebab buat lagu sendiri kat Youtube. Terus kembangkan ilmu ni dengan berkawan dengan Akif. Dia gitaris yang paling power la pernah Bamir kenal kat sekolah. One day Bamir banyak sangat tanya pasal chord then dia terus bagi satu buku ni, buku tu buku chord and kecik je. Dengan buku tu lah Bamir belajar sampai la dah boleh main daripada plucking ke strumming. 

Masa tulah terdetik nak hasilkan sebuah lagu yang pernah Bamir cipta sebelum pandai main gitar lagi. Specialnya lagu ni Bamir buat lagu ni dulu dengan raket badminton. So bila dah boleh main gitar Bamir rakam la bagi nampak mcm lagu sikit. Bamir buat video lirik, rakam pun pakai Nokia XpressMusic je time tu. Edit video kat  MovieMaker. Nampak tak effort dia? hahahaha so, semua ni bermula dari Bamir upload lagu 'Semua Hanya Tentangmu' ni kat Facebook. Masa tu facebook bamir memang krik2 tah macam mana sejak upload tu banyak notification daripada video tu mostly comment yg positif and sampailah terbaca "mir, letak youtube mir". Bamir pun masa tu macam culture shock jugaklah sebab sampai satu sekolah tahu lagu Bamir ni. Bamir pun cepat2 cari cara nak create account Youtube apa semua then post. Kira mula2 tu mmg ada niat la nak sebarkan lagu ni satu malaysia sebab reaction kat Facebook masa tu meriah en. Malangnya masa tu Youtube Bamir tersangatlah krik2. Tengah syok2 happy tiba2 muncul perasaan kecewa, try hard lagi untuk lagu 'Biarkan Saja' which is lagu kedua. Pun sama gak sambutan dia biasa2 je. Waktu berjalan macam tulah kejap main bola kejap main game kejap2 pegang gitar buat lagu main2. Sampailah Bamir ni jatuh cinta dengan perempuan yg paling cantik (di mata bamir) yang pernah Bamir cinta.

Memang nak dijadikan cerita la kan, Bamir putus cinta time tu. Biasa pernah je putus cinta ni tapi tah kenapa tah masa tu rasa macam sedih sangat. Tercipta lagu 'Akur' yang mana sampai sekarang jadi dendangan korang yang kalau sebut je nama Amir Hariz nyanyi lagu tu. So, mitosnya disitu. Setiap lagu yang Bamir cipta yang mana berdasarkan kisah benar akan mendapat sambutan tak disangkat even Bamir sendiri kadang2 tak expect. Kemeriahan tu ditambah pula Bamir ni disuruh masuk pertandingan menyanyi kat sekolah, untuk tahun tu Bamir dapat nombor 2 dengan lagu 'Grenade' nyanyian Bruno Mars. Lagi la masa tu satu sekolah tahu yang Bamir ni ada lagu kat Youtube so lagu Akur jadi bualan hangat lah kat sekolah. Dapat juga peluang sertai satu band ni, tapi mmg tak ngam ah. Masuk tahun terakhir sebagai senior, kali ni Juara kat pertandingan menyanyi dan fenomena lagu Akur tu masih berkumandang cuma zaman tu orang tak panggil suasana tu sebagai 'viral'pun. Bamir dapat peluang utk join Battle Of The Band kat SMK Bandar Baru Sg Buloh untuk kali kedua, masa tu kena nyanyi satu lagu melayu satu lagi lagu english. Masa pun tak banyak and boleh pulak focus kat satu lagu english je, sampai part lagu melayu terus tak tahu nak nyanyi lagu apa. Terdetiklah dalam kepala ni nak nyanyi lagu Akur, dalam masa yang sama boleh kembangkan lagu ni (sebab masa tu perform kat sekolah orang plus dalam satu event tu ada banyak sekolah) and lagu tu taklah susah sangat nak belajar. Bila bincang2 dia terima sebab kitorang pun kesuntukan masa. Pada hari battle of the band tu, tak tahu dari mana ketenangan tu datang and Bamir perform macam konsert sendiri je. Semua tak expect pasal perform lagu sendiri which is Bamir org pertama buat benda tu (sesetengah orang takut bawak lagu tak femes nanti kalah) lagu Akur terus tersebar sampai lah satu Malaysia yang mana tahu tu tahulah. 

SPM bamir tak okay tapi makin besar ingatkan makin boleh berfikir. Gara-gara perempuan, Bamir delete lagu Bamir kat Youtube semata-mata nak buktikan yang Bamir tak kejar populairiti instead of cinta dia. Tapi tulah, Hanya kerana nak puaskan hati seorang Bamir kecewakan semua orang. Dan dari situ Bamir dah hilang orang-orang yg menyokong Bamir. Sebab pernah sekali tu dah upload balik pun, delete balik kerana putus cinta. Sejak tu nama Amir Hariz ni dah bukan jadi satu fenomena sebab zaman tu orang dah ramai buat lagu sendiri. Papepun lepas tu Bamir terus berkarya sehingga la skrg ni.

Since buat lagu sendiri too mainstream kat Malaysia ni, Bamir cuba muncul dengan idea buat lagu tapi orang lain yang nyanyi (acah-acah komposer gitu). Lagu 'Terus Hidup' nyanyian Izzal Anuar adalah projek pertama Bamir dalam sepanjang karier Bamir. Hakikatnya, usaha tu berjaya and sampai sekarang Bamir memang sentiasa nak tolong bakat2 muda yang Bamir rasa patut diketengahkan. Bamir rajin buat lagu2  pendek then post kat Instagram, nak dijadikan rezeki Fara Hezel boleh dm kata suka lagu tu and Bamir pun approach dia apa salahnya kalau jadikan lagu tu lagu dia. Tu yang terhasilnya video nyanyi dengan Fara Hezel kt Kuala Kubu Bharu tu. Nama Amir Hariz mula diingati semula selepas Bamir berjaya jadi salah satu komposer Aries Music dan karya pertama yang berkumandang di radio masa kini ialah Perasaanku nyanyian Fieya Julia. Oh ya, lagu Akur tu pun sekarang dah ada official punya dah setelah sekian lama menjadi penantian buat pendengar-pendengar Bamir kat luar sana.

Kesimpulannya, Bamir cuma nak cakap setiap apa yang kita kejar jangan pernah ambik jalan pintas. Macam contoh beli followers, mintak orang buatkan lagu buta2 centu je, takde usaha nak belajar main gitar sendiri melainkan org tu yg nak ajar and banyak la lagi zaman skrg ni. There's no shortcut to success. Even Bamir sendiri pun 7 tahun dalam YouTube baru ada rezeki nak official kan Akur. Teruskan usaha korang, lambat laun orang akan nampak korang punya usaha. Korang buat je apa yg sedang korang buat, once benda tu hit atau viral. orang akan terus tengok balik previous usaha korang selama ni. Macam contoh, Bruno Mars dia hit dengan lagu Just The Way You Are padahal sebelum tu saje dia dah ada dua album anataranya lagu Voices In My Head. Ada sesiap tahu lagu tu? haaaa tak la tu. So, semoga blog ni dapat membantu korang dalam merealisasikan impian korang yang tengah struggle nak belajar tu. Akhir kata daripada Bamir, jangan jadikan cinta sebagai penghalang impian korang okay? Goodluck dan doakan Bamir sihat walafiat sentiasa. Bye! Assalamualaikum. #Bamirians

No comments:

Post a Comment